berdasarkan pembacaan aku di dalam buku Tundukkan Hati karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.....
apabila kita melakukan sesuatu perkara, hendaklah jujur dan ikhlas kerana Allah Taala,dan tidak ada sebarang niat jahat atau sifat mazmumah dalam hati...
sebagai contoh,
kenapa terlalu banyak runtuhan bumbung yang berlaku pada bangunan di Terengganu,bagi aku runtuhan ini berlaku kerana tidak ada keberkatan di dalam melakukan kerja yang telah di amanahkan...terdapat ura-ura yang menyatakan Pegawai Penguasa yang telah diamanahkan telah menerima rasuah dan bermacam-macam lagi....
aku tidak menuduh siapa salah dan siapa betul,tetapi ingatlah wahai manusia termasuk diriku sendiri lakukanlah sesuatu pekerjaan dengan ikhlas dan tiada niat jahat langsung....
sama-sama lah kita ambil iktibar dari ape yang telah berlaku pada akhir-akhir ini,runtuhan demi runtuhan bumbung,ape yang penting disini lakukanlah kerja dengan jujur dan ikhlas kerana Allah Taala nescaya kerja yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah,jika tidak Allah boleh turunkan bala dengan sekelip mata...
pesanan ini dituju buat diriku terutamanya insan yang bakal menceburi di dalam bidang pembinaan sebagai juruukur bahan..pelbagai dugaan dan cabaran bakal ku tempuhi contohnya rasuah daripada pihak kontraktor dan sebagainya...ingatlah ini boleh mengundang bala kepada diriki sendiri...LillahiTaala...Ameen..