tahun 2009 telah meninggalkan pengguna masa iaitu manusia..
dengan tibanya tahun 2010,aku mempunyai baki sebanyak 6 bulan lagi untuk menghabiskan pengajian ku di Politeknik Kota Bharu..
Disamping itu,result sem 5 telah kuperolehi,terdapat senyuman yang terukir pada slip keputusan yang aku dapat,Alhamdulillah sekali lagi,berkat usaha dan doa,Allah mengurniakan rezeki result yang boleh dikatakan agak memberansangkan,..
Untuk tahun 2010,
target utama adalah ingin melangkahkan kaki ke menara gading atau melanjutkan pelajaran ke peringkat degree,tak kisah mana2 pun,atas rezki Allah bagi,janji aku dapat menambah ilmu Juruukur Bahan dan boleh digunakan untuk berbakti kepada masyarakat...
Cuti akhir sem 5,
aku betul2 menikmatinya dengan berehat dan membantu keluarga,
perancangannya hendak melaksanakan tugas projek semester akhir semasa bercuti,
tetapi satu keja pun tak jadi memandangkan ada urusan yang lebih penting,
hari ini adalah hari paling sesuai untuk aku melaksanakan kerja tersebut memandangkan banyak kerja yang sudah selesai,aku mesti merancang dan mengikut perancangan yang betul supaya tidak mengundang masalah di kemudian hari...
ternyata,
keinginan untuk melangkahkan kaki ke menara gading cukup kuat,
apabila melihat sahabat shams dahulu sedang asyik menadah ilmu disana,
tak pelah sabarlah dulu,mungkin ada masanya Allah telah tetapkan untuk kecapi impian itu,
sabar dan terus bersabar.....
No comments:
Post a Comment