Friday, January 2, 2009

tiPs sePanjang hiDup

salam...

"Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad"
dipagi 2 januari 2009 bersamaan dengan 5 Muharram 1430 Hijriah jom kita aktifkan
motivasi diri dengan beberapa tips pelajar cemerlang.....


Menggunakan kedua-dua otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan (pen dengan pensil sentiasa ada n tmbhn buku nota kecil)
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )(kalu aku lepas subuh,tgh mlm)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang (pasang lampu jgn nk jimat letrik)
b). kurangkan gangguan bunyi (no music,quran ok)
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar (letak gmbr mak la depan mata,duk tgk gmbr awek buat pe)
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran (gmbar laut,gmbar ka'bah)
e). kerusi dan meja menghadap kiblat (oo...btul2 bru aku tau,nsib baik tau skrg)
f). janagan lupa untuk senyum (kalu jmpe hantu pun senyum ye...)

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan (salin nota??diorg nk msuk kelas pun malas)
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan (bab nie la yg jadi ckap sorg2)

6. Tahu teknik merangsang memori: (perlu buat kalu x bukan belajar namanye)
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului (nie penyakit student skrg,yg dia tau relax r exam lmbat lg,ape la diorg nie...insaf2lah,kan menyesal plak lps nie)
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar (sape buat mcm nie mmg bgus)
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru (sejhat mana pun guru hormatilah dia,jgn tau nk sabotag je)

10. Mempunyai teknik membaca yang betul (jgn baring,tau sgt la perangai student,mls sket asyik baring je)
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas (kalu ada wless asyik tulis blog je)
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan (kpd mat2 rempit kalu time lumba bc doa,takkan nk stdy xbce kot)
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih (kalu letih tggu ape lg tdo la...zzzzz...sampai xigt dunia)
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji (20 mnt surf internet,tgk ape cert pasal civic typeR skrg)
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).(nie kena tau ats dr msing2)
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa (mandi air pans best 2..)
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar ) (nie tak xdan nk habis kelas dan simpan buku siap2)
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan (stdy group jgn jadikan alsan nk date plak,tp ape salhnye..hahahaha)
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan. (sape xulg kaji cnfrm nangis lepas prekse,padan muke..siang ke mu)
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. (bc sampai lebur buku,atau sampai otak asyik duk fkr pasal buku je)
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa (bila dah lupe trus gve up,ape nie beb...xvtec la baiii)

22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita (pantai..hihihi..pg2 best)
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna (rokok bukan bekalan ye)
c). duduk tegak dikerusi yang selesa (takdan 1 minit dah tersungkur di medan meja stdy..hehehe)
d). baca doa penerang hati (doa mkn skali sebab ada kurma@kismis kat tepi)
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul (bukan mcm bc komik yer)
f). fikir dan ingat kembali isi utama (buleh start khoya)
g). catat / lakar (lukis byk2 mind map)
h). semak semula ketepatan maklumat (semak le....jgn xsemak)

i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain (smabil2 call awek creta la kat dia..hahaha..)
j). buat rumusan (buat point dah r)
k). jawab soalan (amik buku soalan jawab)
l). tampal maklumat yang rumit di dinding (tmpal peta minda,tp gmbar civic typeR pun ok)
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar (bca doa tdo..jeng2)

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya (bc mjlah kereta ok gak)

24. Tahu petua-petua agar tidak lupam (hak nie bce molek jgn miss sebutir)
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan
d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e). jangan melihat kemaluan (huhuuhu)
f). jangan melihat buih (aik....????)
g). jangan membaca nama pada batu nisan (bior betui????)
h). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain (nie aku suke nie)
i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu (nie lagi la,sebotol aku minum madu)
j). banyakkan makan kekacang (nie xbrape la,lengoh mulut)
k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan (adidas ok,tommy jgn israel pnye)
l). jangan makan sehingga terlalu kenyang (mkn 2 igt2 la sket jgn main bedal je)
m). jangan kencing berdiri (sudah....kpd lelaki2...kencing berduduk ye)

25. Tahu kemahiran mengingat (fahami dan mengertilah)
a). tampal nota-nota penting di dinding
b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c). gunakan kaedah akronim (gapo dio nie???)
d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat (unta zaman batu minum air zaitun untuk naik power...mcm pernah ku dgr tp bila ye)
e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil (amik tukul kasi pecah je)

26. Cekap mengatur jadual belajar (jadual siap letak dlm frame tp xikut gak..ape daa)
a). mempunyai jadual belajar
b). patuh kepada jadual
c). buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar (aku rasa ade doh td,tp ok gak pesan byk kali..mklumlah mnusia...hntu ye cpt igt..)
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif (cari lalu best student hok lawo2,smbil tnye ejah lalu sket2..hehehehe..padahal cg ada..menda la mu nie)
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar (hr nie blajo smbil mkn tupat,esk blajo smbil pejam mata..hehehe..tdo..zzzzz)
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa (masa duk kat Midvalley tggu mak shopping wak kuar lalu nota..huhuhu..bgusnye dia 2)
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )(nk niru pun letak kat tandas...ape cert nie)
32. Pelbagaikan tempat belajar (atas atap,dlm bumi,kat bulan....hehehe)
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham (breh ngat kalu cg lawo cute menda hok fhm jd dok fhm..hahahaha)
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya (pakai highligter,jgn duk buat graviti lok)

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: (Ai..renungkanlah dr 2)
a). taat kepada Allah (iman)
b). mendirikan sembahyang (iman)
c). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka (lepas al-fatihah elok bace)
d). hormati & sayangi gru (gru lawo mmg hormat n syg..hahahaha)
e). bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan (kuat smgt mcm dia 2..hahaha.mls nk ngumpat)
f). suka pada setiap mata pelajaran yang disukai (buat suke dah le)
g). membantu rakan yang memerlukan (kasihani lah mereka)
h). berdoa dan bersyukur kepada Allah (sujud syukur,sebut Alhamdulillah)
i). sentiasa bertawakal (usaha dulu bru tawakl)
j). mahir dalam setiap mata pelajaran (harap2 mcm 2 la)


"Selamat Membaca Dengan Penuh Emosi"

Bu bye..tata titi tutu..Wassalam.......

(sumber dr tips pelajar cemerlang Dr Fadzilah Kamsah)

ambe peminat pak cik nie....

ayat putih aku letak.......






No comments: